Saturday, August 12, 2017

Harga Lesen Memandu 2018




Berdasarkan tinjauan pihak kami dan rakan niaga institut memandu,sudah ada beberapa Institut memandu yang sudah mula menaikkan harga lesen memandu pada hujung tahun 2017.Ini disebabkan kenaikkan kos minyak,kos buruh dan lain-lain kos.Hasil dari sumber yang kami perolehi berikut adalah harga purata bagi harga lesen memandu pada tahun 2017.

Harga Anggaran Lesen pada Tahun 2017

Jenis Lesen
Harga Purata Anggaran
Lesen Memandu Manual
RM 1150 – RM 1300
Lesen Memandu Auto
RM 1250 –RM 1800
Lesen Motor (B2)
RM 350  - RM 700
Lesen Motor (B full)
RM 1000 – RM 1250
Lesen GDL D
RM 250 – RM 400


Harga yang ditawarkan bagi setiap institut memandu adalah berbeza mengikut beberapa faktor.Antara faktor-faktor yang terlibat ialah;
  1. Servis yang ditawarkan samada termasuk pengangkutan atau tidak termasuk pengangkutan.Jika tiada pengangkutan,harga lesen biasanya lebih murah.Ada juga institut memandu mengasingkan servis pengangkutan.Jika anda ambil servis ini maka anda perlu membayar untuk harga servis pengangkutan
  2. Jarak Institut memandu.Ada Institut mamandu yang jauh dari lokasi orang awam.Biasanya jika jauh institut memandu akan memasukkan harga lesen lebih tinggi dari biasa.
  3. Lokasi.Biasanya Institut memandu di bandar lebih mahal sedikit dari luar bandar.Ini berikutan kos buruh dan lain-lain kos lebih tinggi di bandar lebih tinggi dari luar bandar.Tapi jangan terkejut ada juga harga lesen memandu di bandar lebih murah dari luar bandar.
  4. Pesaing.Sesetengah Institut memandu berdekatan dengan pesaing.Biasanya Institut memandu yang dekat-dekat ini akan bersaing harga.Sebagai pelanggan anda perlu bijak memilih servis yang terbaik.
Untuk makluman para pembaca yang dihormati.JPJ juga ada membuat program ambil lesen pada tarikh tertentu untuk golongan berpendapatan rendah.Program MyLESEN adalah program ambil lesen motorsikal bawah 250 cc yang ditampung dana kerajaan.Para pembaca boleh terus ke portal JPJ untuk info lebih lanjut.

Berikut adalah harga Anggaran atau kemungkinan bagi harga lesen memandu pada tahun 2018.

Harga Anggaran dan kemungkinan Lesen Memandu dan Motor 2018

Jenis Lesen
Harga Purata Anggaran
Lesen Memandu Manual
RM 1250 – RM 1450
Lesen Memandu Auto
RM 1400 –RM 1900
Lesen Motor (B2)
RM 350  - RM 700
Lesen Motor (B full)
RM 1100 – RM 1350
Lesen GDL D
RM 300 – RM 450


No comments:

Post a Comment